Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label Petua emak. Show all posts
Showing posts with label Petua emak. Show all posts

Friday, 27 February 2015

petua menurunkan panas badan bila demam

>>PETUA TRADISIONAL UTK DEMAM >>>

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Petua demam dari bonda dan mentua saya...utk ikhtiar dgn apa yg ada di rumah kita.

1. Basahkan kepala dan air asam jawa. Bkn yg.jual utk.minum tu.. tapi ramas asam dgn air kosong. Utk turunkan suhu badan. Masalahnya rambut jd keras.. so.. blh juga sapu bersama minyak makan..instead of guna air sahaja. (Itu ilmu tambahan dari bibik saya dulu..) tapi jangan guna minyak goreng ikan tau!!

2. Rendam nasi dalam semangkuk air dan tutup semalaman bwh tudung saji.( takut masuk lipas atau taik cicak..hehe). Keesokan paginya..minum air dan basuh muka dan kepala. Kesejukan air nasi sejuk tu diharapkan menurunkan panas dalam badan.

3. Rebus barli. Masukkan gula batu dan minum air nya.
Kalau nak berperisa..masa rebus tu masukkan daun pandan.

4. Ramas daun bunga raya dan basahkan rambut hingga kulit kepala.. bungkus dgn tuala.. insyaallah panas badan akan kurang.

5. Ambil gel dari pokok aloe vera.. ramas dan letak di kepala juga.. nanti cuci la...
6. Minum air zam2.

Itu je yang teringat.. siapa yang nak tambah.. silakan.. mgkin blh menjadi panduan pada waktu2 tertentu.

*tapi kalau dgn vitamin shaklee.. kami amalkan ambil nutriferon dan vitamin c. Ada juga yang ambil vitalea dan omega..(apa2 yang ada di rumah u all le..) Minum juga performance drink.. insyaallah berkesan juga.

Moga bermanfaat...

Wednesday, 21 January 2015

Menghentikan kebisingan anak-anak

Petua ZOMBIE....

Bila Damia lari ke sana sini.. mama jadi rimas.

Damia kata "Mia lari sebab Adam jadi zombie..."

Ok... maka mama dgn sukahatinya cadangkan.. "Jom Mia, kita jadi zombie jugak.. "

Diringkaskan kisah... sudah ada 3 zombie dan tiada lagi yg kena kejar...
Gambar hiasan : Lukisan Elsa Frozen oleh kakak Lily

Kisah pun tamat sebab zombie2 kecik penat dan tidur!!!

Monday, 19 January 2015

berhenti lampin pakai buang

Si hero kecik..Muhammad Adam memang tak suka lipas. Kalau kata ada lipas.. Adam mmg tak jengah le tempat tu..

Hari ini mama cuba lagi untuk memisahkan Adam dari lampin pakai buangnya... dah 3 tahun lebih.. masih lg tak mahu lupakan diapers.. kalau dipakaikan seluar dalam pun.. ditanggalkan dan dicarinya juga diapers...

Hari ni..Adam terpaksa mama temberangkan sikit...

"Adam, tadi mama rasa mama nampak lipas pergi dekat plastik pampers Adam laa.. "

Adam terus batalkan hasrat nak pergi mengambil diaper..tercengang.. serba salah.

Mama pun sambung temberang.. "Hmm.. mama tak nak gi ambil pampers Adam.. mama tak nak jumpa lipas tu...Adam pergi la ambil..."

Adam geleng kepala.. Mama pun peluk dia sambil puji seluar merah yang cantik... lipas takde seluar cantik macam Adam.. biar la lipas pakai diaper... tak cantik..
Adam angguk dan senyum..

Akhirnya tidur tengahari..TANPA DIAPER for the first time ... sejak lahir.. haha.. terukkan mama dia? Gagal memujuk Adam selama ni...

Bila Adam terjaga.. berkejarlah bawa dia gi tandas... selamat 1 pusingan.. kejap lagi kena berkejar lagi..

Takpe.. yg penting Adam mesti dipisahkan dari lampin PAKAI BUANG nya... Insyaallah.. doakan mama berjaya.

SORRY ADAM.. DAH BESAR NANTI MAMA CERITAKAN PADA ADAM.. SALAH SATU PEMBOHONGAN YG MAMA BUAT.. huhu..

"Adam!!!! Jom gi toilet "

Thursday, 6 June 2013

petua emak

Photo: petua emak

ha ha... ada tanam labu tak? nak ambik pucuknya?

Dah moden ni, makan je supplement shaklee..

Wednesday, 5 June 2013

Petua emak

Petua emak





Mata terpercik cili?

Caranya, bengkokkan lutut. Gosok-gosok mata ke kepala lutut sendiri (tanpa lapik ye...) sehingga mata berair dan hilang pedih.



Dulu maid mama Maya, memang tak percaya.. tapi dah tak ada arah nak buat.. pedih sangat2, dia try...Berkesan. Inilah petua daripada mama kecil2 dulu. maklumlah buruh paksa utk tumbuk sambal belacan...





Gambar hiasan : Adam teringin tumbuk bawang.

Tak percaya? Try la dulu.. mujarab.





Kalau guna blender.. tak de masalah la..tapi mana sama sambal belacan tumbuk dgn yang di kisar dgn blender..


Ikhlas,
Cepatsihat...