Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday, 14 February 2013

Cepat Sihat: Rawat luka dengan Basic H

Cepat Sihat: Rawat luka dengan Basic H: Seperti sebelum2 ini, bila balik kampung mama di Kuantan, anak2 memang berpeluang rasai aktiviti di kampung ma...

Cepat Sihat: Cepat Sihat: pengajaran dari si penjual kain

Cepat Sihat: Cepat Sihat: pengajaran dari si penjual kain: Cepat Sihat: pengajaran dari si penjual kain : Mama memang suka sangat tengok kain pasang. kadang2 mama beli tak sempat jahit. Untuk melunas...

Set ibu berpantang



Terlanjur mama mengabadikan gambar kain ela yang mama rakam di kedai kain, mama sediakan bahan utk supplement ibu berpantang berlatar belakangkan corak fabrik itu.

Seorang ibu nenghubungi mama utk Set Berpantang dan mama dah pernah masukkan bahan berkaitan. Cuma hari ini, mama berikan set yang lebih lengkap utk keperluan menyeluruh tubuh jika mahu dipertimbangkan.

Set Kesihatan Asas
Mengandungi 
1. ESP

Beri tenaga dan bina sel, awet muda


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP

 adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.



Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.




2. Vitamin C Plus

      Melindungi sel, mencegah demam dan selsema
  • Vitamin C menolong pembentukan kolagen sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Dengan memakan  Vit C kulit lebih licin, tegang dan cantik, Luka cepat sembuh kerana  tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C memnguatkan salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Penghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan  angin ahmar dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan mudah. 

3. B Complex


B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. 


4. Vita Lea

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*

•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.

Ditambah dengan sumber zat besi (iron formula) yg sangat penting utk ibu selepas banyak kehilangan darah semasa bersalin dan berpantang.


Boleh ditambah dengan

1. Zink


Mempercepatkan pemulihan luka dalam dn luaran

Alfalfa

Mengantikan 'jamu' , dn mengecutkan rahim

Masalah sembelit

2. Ostematrix

1 tablet ostematrix bersamaan dgn 1 gelas susu tinggi kalsium.
Kalsium menghalang osteoporosis, kekejangan dn merangsang darah utk memekat.


3. Alfalfa
Membekal tenaga dan merupakan 'milk booster'
Melancarkan pembuangan najis jika digunakan secara konsisten.

Mungkin boleh diaturkan pemilihan produk ikut kepentingan dan keperluan. Ada yang patut dibeli sebotol penuh, ada juga yang hanya perlu ambil pek ringkas dgn bilangan yang sedikit serta jimatkan kos.

sms/call/whatsapp Ieja 0192247004
atau yang berkesempatan membeli sendiri tapi tak mau jadi ahli, boleh guna ID saya Rosliza Kamaludin 889811

Cepat Sihat: pengajaran dari si penjual kain

Cepat Sihat: pengajaran dari si penjual kain: Mama memang suka sangat tengok kain pasang. kadang2 mama beli tak sempat jahit. Untuk melunaskan minat pada kain2 tu, kadang2 mam...

pengajaran dari si penjual kain




Mama memang suka sangat tengok kain pasang. kadang2 mama beli tak sempat jahit. Untuk melunaskan minat pada kain2 tu, kadang2 mama beli dan jual pada kawan2. Puas sebab dapat beli walaupun akhirnya tidak memilikinya.


Baru2 ni mama balik Kuantan pergi kedai kain.. Isy... kesiannya, baru lepas terbakar kerana litar pintas. 




Suami mama tanya pemilik kedai, "Ada insuran tak" Jawabnya "Itulah silap saya, tak de insuran..."
"Kali ni, saya ambil insuran dulu baru buka semula. Saya jual sebidang tanah utk mulakan semula perniagaan. Ini kemahiran saya, saya kena mula sekali lagi." Kedainya  masih penuh berjelaga tunggu utk baikpulih selepas perayaan Tahun Baru Cina.




Ayat tauke sangat memberi kesan kepada mama, maksud tersirat ialah kita kena buat perancangan sebelum lakukan sesuatu. satu lagi bawa maksud kita jangan putus asa dengan ujian yang menimpa..."Bagus2 " mama balas pendek.



Mama lupa pulak nak ambil gambar kedainya. He he sebab asyik ambil gambar kain2 nya. Malam tu juga mama upload gambar2 ke fb, kalau ada rakan2 yang nk menempah. Keesokan harinya mama pergi sekali lagi, shopping pulak utk diri sendiri..

Gambar hiasan di sini ialah koleksi kain2 yg mama sempat rakam dgn harapan dapat bantu membeli lebih banyak. Nampaknya pemilk kedai yang dah tua pun ada hasrat akan bangun semula dan sertai bisnes 'on line' utk pasarkan kain2nya. Tahniah... 


Senang la mama nanti. Memang setiap kali balik Kuantan, mama mesti bershopping kain, Teringat zaman muda2 dulu... beli kain, jual dan ambil tempahan sekali...

Ambil iktibar dari kisah di atas walaupun kecil pengajarannya bagi anda.

Dicatat di dapurku yang tak berasap...14 Feb 2013. 11.05 malam.


Cepat Sihat: recycle : termos, kereta mainan dan printer.

Cepat Sihat: recycle : termos, kereta mainan dan printer.: Kereta mainan ni dah tercabut tempat duduknya. Biarlah bunga2 ni menumpang hidup di sini. Hari ni mama mengemas.. mengorek2 khaza...

recycle : termos, kereta mainan dan printer.


Kereta mainan ni dah tercabut tempat duduknya. Biarlah bunga2 ni menumpang hidup di sini.



Hari ni mama mengemas.. mengorek2 khazanah yang tersimpan rosak dan tak boleh digunakan lagi. 2 minggu lalu mama dah bungkus blender dan aksesorinya baik2 dan letak di tong sampah. Harapan mama jika ada org yg pandai baiki bolehlah dia gunakan kerana seluruh set mama bungkus sekali. Mama nk hantar baiki pun kami dah beli yang baru. Kalau tidak macam mana nk uruskan hal masak memasak kami di rumah. Seminggu blender rosak terpaksa pinjam dgn mertuaku.. Mujur dekat dgn rumah mertua.. Boleh la mama menumpang 'kasihan'. 

Berbalik kepada kemas mengemas brg rosak...Mama dah ubahsuai semua jadi bahan berguna... Kalau tak untuk jangka panjang pun.. cukup la utk jangka pendek sebab bahannya pun percuma... 

Anak2 sibuk dgn biskut coklat chip mereka.


Penutup blender tu.. warna hijau adalah tudung syria lama.


Dah hangus sikit... kerja sambil bertekak adik beradik...Org ramai adik beradik fahamlah..

 Mama pulak kutip sana kutip sini. Pegi buang sampah kutip buah belimbing. Dah banyak sangat hingga ada yang dah mencecah ke tanah. Buka pembalut dan balut pulak putik2 yg baru. Kalau ada rezeki membesar la pulak putik tu tanpa sengatan semut buah. Sambil kutip belimbing nampak pulak pokok bunga yang tumbuh bersepah di tanah. Hmmm. Dah dapat idea..





Termos elektrik ni dah rosak... boleh la teruskan khidmatnya begini. 


Petang tadi pulak mama masuk ruang jahit mama. Aduh bersepah meja jahit. Ada pulak printer rosak.. simpan sejak tahun lalu. Hmmmm. Idea datang lagi... seperti dalam gambar. 


Letak secara terbalik. Masukkan kotak dan botol kecil serta pemegang benang yang dah habis benangnya. 

Dah selesai... menjahit la pulak... banyak sangat kain yg dibeli tak sempat2 cari masa menjahit. Semalam Adam demam.. tak dapat mama mulakan projek jahit lebih awal. Ok la tinggal dulu... baju mama dalam proses ni. Janji nak ajar mia mengaji...nanti dia tidur pulak.



Baju dah hampir siap.

Kalau ada kesempatan nanti mama kongsikan langkah2 buat projek recycle hari ini.


Dicatat di Rumahku yang dah kukemas.13 feb 2013.