Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 16 April 2014

10 langkah menjemput sihat

Aduhai.. sukar juga nak memastikan tubuh selalu sihat terutamanya kita yang banyak tanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak-anak. Silap gayanya, kesihatan sendiri terabai.
Mari senaraikan 10 langkah bijak untuk kita cuba halang diri daripada ditimpa sakit.
Tak salah berusaha.. yang nak izinkan kita sihat atau tidak.. kita serahkan pada Allah swt.

Sebenarnya untuk sihat, kita perlu ambil masa dan melakukan proses yang berterusan. Kalau nakal, tak mahu tekun dengan tanggungjawab menjaga kesihatan, jangan nanti mengeluh bila sakit dan sakit tiap bulan.

Langkah-langkahnya.
1 ▶ jaga sistem pencernaan - perhatikan dan kenalpasti makanan yang sesuai dgn perut kita. Lain org lain penyesuaian sesuatu makanan.
2 ▶ luangkan sedikit masa untuk aktiviti fizikal. Paling mudah ialah buat sendiri kerja- kerja di rumah. Cuci longkang,  mungkin turun naik tangga juga sudah merupakan aktiviti fizikal yg mudah.
3 ▶ seimbangkan gula dalam tubuh. Makan kombinasi makanan yang betul. Belajar dan cari info ttg sumber makanan dan sumbangannya pada gula tubuh.
4 ▶ tingkatkan antioksidan
5 ▶ minum air secukupnya
6 ▶ mulakan langkah-langkah ini lebih awal. Jangan bertangguh.
7 ▶ jangan cepat terpengaruh dgn iklan produk kesihatan yang serba segera. Mungkin ada kesan negatif kemudian hari
8 ▶ lakukan senaman dengan betul. Hmm.. masuk kelas dan belajar dari pakar senaman mungkin langkah yang patut dipuji. Atau dapatkan video kaedah senaman yang betul.
9 ▶ elakkan melayani tekanan. Orang yang terlalu melayan tekanan adalah orang yang sengaja mengundang penyakit.
10 ▶ susun atur usaha dan tindakan yang disenaraikan tadi.

Apa pun.. selamat mencuba. Anda yang rancang, laksanakan dan buat penambahbaikan.

~ dicatat sambil menemani anak2 tidur.

No comments:

Post a Comment