Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Monday, 21 January 2013

awet muda... langsing.. bertenaga

Lagi gambar pengguna Shaklee Collagen Powder









Lihat kesan Shaklee Collagen Powder pada mama yang umurnya hampir 50 tahun ni..  Patutlah beliau sangat setia dengan produk ini. Kebelakangan ini beliau ditegur rakan2 kerana wajah tidak begitu dimamah usia. Orang kampung kata "Awet muda" Ini gambar beliau... kalau lihat beliau dengan anak daranya.. macam adik beradik. Hmm... lebih kurang akak sulung dgn adik bongsu la... Beliau dapat rasa kesannya selepas 2-3 minggu gunakan SCP.  

Saya pernah terbaca rakan sekuliahnya dulu mengulas mama ini nampak muda mcm zaman belajar dulu .. (Biar betull... 20 tahun tu..)
























Mari sama2 kongsi kebaikan Kolagen Shaklee... Membekal tenaga, lancarkan pembuangan najis, kurangkan kekenduran kulit. Jadi garis2 muka semakin kurang jelas, pigmentasi semakin pudar...Badan rasa ringan dan bonusnya ia  blh melangsingkan badan...

Seperti mama ini...dah cuba baru tahu. Jom lakukan utk kepuasan diri sendiri. Dapat dua faedah, sihat dan cantikkkk.

"Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan...Kami hanya berkongsi apa yang baik, bukan dengan tujuan bermegah2... Tapi, kalau bercerita dengan disertakan bukti.. itu lebih menyerlahkan kebenaran cerita.. Insyaalah itulah tujuan kami"

Terimakasih atas ehsan si pemilik testimoni.

Hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811

Dicatat di Rumahku Syurga ku...

Sunday, 20 January 2013

ikan bilis tempoyak

lauk ringkas hari ini

ikan bilis masak lemak tempoyak

bahan2

  1. ikan bilis
  2. bawang tumbuk/mesin dan sikit bwg besar potong
  3. tempoyak
  4. kunyit serbuk
  5. cili api
  6. garam
  7. bawang potong
  8. daun kunyit d luar rumah
  9. daun  kesum dalam pasu
  10. serai tepi rumah
  11. santan pekat
Basuh bahan, masuk semua dalam peruik. Masak dan makan....

Saturday, 19 January 2013

terima kasih daun keladi


Mama mengalu-alukan kunjungan rakan2 sekalian.

Mohon jasa baik rakan pengunjung untuk 'join this site' di kanan ruang penulisan ini... Budi baik anda semua jadi ingatan. 

Terima kasih daun keladi.. Kalau boleh kunjunglah lagi.

Orang tua jalan bertongkat,
Saya memang tak pandai memikat.

Cakpung! cakpung!

Ikhlas...



Kesan kolagen powder Shaklee pada wajah.

Nak share dengan rakan2  kesan Shaklee Collagen powder.



Gambar 1 : Awal Disember 2012. Mata nampak letih.



Gambar 2 : Pertengahan  Disember 2012



Gambar 3 : Hujung Disember 2012





Gambar 4 : 18 Januari 2013







Nampaknya ia berkesan untuk 
1. Mengurangkan bengkak bawah mata. 
2. Membuat garis senyuman di tepi hidung tidak terlalu ketara.
3. Menaikkan dan menyokong sedikit struktur wajah yg telah jatuh akibat tarikan graviti.

Ralat dalam gambar ialah kadar pencahayaan yang tidak serupa tapi itu tidak mengubah kesan garis pada wajah.

Bagi pengguna kolagen, jgn lupa rakam gambar sebelum dan selepas. Baru anda nampak kesannya dengan jelas.

Untuk penerangan dan jual beli hubungi ieja 0192247004, sms atau pm.

ID Shaklee 889811

Friday, 18 January 2013

anak kecil lebih percayakan gurunya

Seronok memandang anak2 bergelimpangan tidur. Dah puas kejar mereka lompat katil, bergumpal adik beradik, berguling. Darah mama ni turun... naik... turun... naik...Gelak, gelak, waaaa... nangis pulak...Hee...cuping telinga ni dah rasa kembang macam telinga gajah... Anak oh Anak...

Asalnya dulu, mama susah nak dapat anak... Dah dapat anak satu... masih menyusukan baby sulung... baby kedua dah tak sabar menunggu dalam rahim mama... Stress, penat... mama dok membebel kat suami...(macam salahkan dia sorag je...) Abis.. nak salahkan siapa? Mama terdiam bila suami kata " Istighfar... ingat Allah... Dia punya kuasa" Oppss... mama terkedu..

Hmm. dah 5 anak mama..macam2 kisah, macam2 idea, macam2 keletah.

Tapi yg mama tahu, bila mereka masuk sekolah cikgu mereka adalah org kepercayaan mereka.. Mama kata la apapun, tetap tak percaya... 

Bila mereka meragam, mama akan angkat telefon rumah dan berlakon cakap dengan cikgu mereka dan sampaikan mesej dari cikgu mereka kononnya... Bila anak2 dah besar.. mereka pulak yang berlakon jadi cikgu. Call rumah, bagi adiknya bercakap... kononnya cikgu telefon menasihat si kecil.. Ha ha .. kira tipu ke macam tu??? Hee... berdosaaa..

Kalau ikutkan mereka semuanya mereka cerita pada cikgu.

Antaranya..."Cikgu, saya dapat adik, mama saya dah ada baby..." seronoknya kongsi cerita dgn cikgu.

Satu hari adik ipar mama yg kebetulan mengajar di sekolah rendah datang. Sambil tersenyum2... dia bercerita bahawa rakannya mengikik2 gelihati bercerita ttg gelagat anak mama. Di sekolah, dia bererita pada cikgunya.." Cikgu, semalam gigi saya tercabut.. berdarah... mama saya simpankan....bla bla bla" Mana la cikgunya tak gelak..


Hati2 dgn anak2 kecil kita... semua dia lapor pd cikgu dia...

Lu fikir la sendiri.


Moga cepat dapat zuriat

Hidup ini penuh dengan harapan.. Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga... hilai tangis anak2 diimpikan utk mewarnai kehidupan sehari2. Bagaimanapun, ada yang agak sukar utk mencapai hasrat memiliki cahaya mata. Mama tahu apa rasanya bila disoal2 tentang "Bila nk dapat baby?" Resah, gelisah, mengharap, menanti semuanya bercampur2. Setiap bulan mendoakan tak datang bulan.. Tup tup datang jugaaa...

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkat kan dengan mengambil multivitamin dan multimineral Jadi, mari kita tambah info ttg Set kesuburan Shaklee. mana tahu ia dapat meransang minda utk ikhtiar mencapai apa yang dihajati.. Redha, usaha dan tawakkal. Berdoalah kepada Allah di samping usaha tanpa jemu.







ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas. Maksudnya utk kesihatan badan siapa2 pun boleh ambil.


1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang bernilai dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan  kepada sel. Kalau sel sihat barulah mudah berlaku persenyawaan benih. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Multivitamin Shaklee ialah Vita Lea yang InshaaAllah akan menampung kekurangan2 yang terdapat dalam keperluan mutrien tubuh individu. Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.  Bayangkan mesin yang kurang lancar jika di servis, di minyak pelincirkan, elok la dia....(he he he.. teringat enjin kat bengkel)
3. Vitamin C
Vitamin C penting dalam proses  pembinaan dan pemulihan sel2. tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel termasuk sel sperma. 


4. B Complex 
Mengandungi asid folik utk keperluan awal kehamilan. Ia juga terkenal sebagai agen anti stress... kalau kurang stress baru lah mesin dan motor tak mogok...Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Utk galakkan  kesuburan

Boleh tambah...
5. Alfalfa 
Membantu dalam hal2 kewanitaan terutamanya utk atasi masalah keputihan. 
Diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium). Turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). 

6. GLA 
Lebih terfokus utk kesuburan wanita. Ia dikatakan dapat meningkatkan cecair kesuburan utk memudahkan sperma hidup lebih lama dalam tiub fallopio sekaligus membantu proses persenyawaan.Diamalkan oleh wanita, terutama utnuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

7. Zink 
Meningkatkan  kesuburan lelaki dgn cara memberi lebih daya utk sperma. Maklumlah.. yg gagah saja boleh bertahan. Zink merupakan zat yang  penting bagi  pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke sasarannya iaitu ovum. 


 8. Vitamin E 
Menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 


Cara pemakanan supplements
Untuk Suami
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.

Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,

Alfalfa - 3-5 biji sehari.
 Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari, danAlfalfa - 3-5 biji sehari.

Thursday, 17 January 2013

Zaman kanak2: mengaji dan misteri kereta biru

Dah hampir 1 pagi... dah puas memujuk adam tido. Ke sana sini adam merayau.. tup2 adam masuk dengan tab menonton video Barney.. Mia dah lama belayar dalam mimpinya...maklum la esok mia nak sekolah. mama senyum sendiri teringatkan soalan mia pagi tadi sejurus terjaga dari tidur.

"Mama, hari ni sekolah?" tanya Mia,
"Sekolah...." jawab mama sambil bersiap.
"Hee.. kenapa banyak hari kena sekolah ?" Mia mengomel lagi.
Mama terus mendekati Mia." Masa baby macam Adam budak tak sekolah, bila besar macam Mia dan kakak2...kena sekolah, bila lebih besar kena kerja macam abah dan mama"

Mia terus termenung di katilnya...Kemudian tertidur semula.

Lepas maghrib tadi ajar Mia mengaji...Mia memang liat sikit... Mama cakap sepatah... Mia dah jawab panjang berjela2. Akhirnya Mia duduk juga dengan Muqaddamnya. Itupun bila mama keluar perintah "Kak Dini!!!! bawa rotan ke sini!!!", 

Hmm... semua anak ada perangai masing2. Mia banyak iku stail Yana, selamba dan banyak alasan bila suruh belajar. Lily pulak ikut Dini, Taat, tekun dan ikut arahan bila suruh belajar. "Tak Pe la.. Lily dulu byk belajar sendiri, mama bantu2 aje. Sekarang giliran mama kena masuk campur hal Mia. Kalau tak, bimbang  tak tau Alif Ba ta Mia ni" mama berkata dalam hati. Kelas mengaji Mia tadi jalan lancar walaupun dgn sedikit ugutan.

Bagaimana mama tahu mengaji?

He he.. pengalaman yang manis, pahit masam, suka, duka terpaksa, rela... semua ada. Zaman mama dulu kenal alif ba ta hingga bacaan Juzuk Amma di muqaddam memang mak dan ayah yang ajar. Dah lancar mengaji baru mama belajar dengan Tok Andak. 

Masa mengaji dengan ayah dan ma.. Garang wooo.... Satu malam mama ngantuk depan muqaddam.. Maklum la main waktu siang, melompat sana sini, main baling selipar, polis sentri.. macam2.

"Zup! zap!" "Aduh!!!" mama jerit dalam hati aje. Sebab tersengguk2 depan muqaddam, ayah rembat jari mama dengan kain lap meja. Hui! apa sempat je org tua dulu2... mana belajar psikologi..Mujur tak kena penampar jepun!! Mama ingat masa tu mak sedang membuang kulit kacang tanah yang digorengnya... Mama ngaji terus dgn tersedu2...Sakit wooo... 

Mujarab! Hilang mengantuk serta merta. Mama habiskan bacaan dan simpan muqaddam. Terus dekat dengan nyiru mama membuang selaput kacang goreng. Sendu mama dah berkurangan... Ada sikit terisak2.. macam orang tercekik tulang pulak. Mak tak kata apa... Itu penangan ayah, kalau mak pun lebih kurang sama je... memang Hitler belaka ibu bapa mama dulu..

Tiba2 ayah menghampiri mama yg berusia sekitar 5-6 tahun masa tu... Eh eh, ayah bawakan minyak utk sapu pada jari mama. Memang sayuuu... 3 jari mama bengkak...Semua senyappp... tak ada siapa bercakap, takde siapa beri komen..

Tapi... itu lah tanda kasihnya...kalau dia tak buat begitu, mungkin mama tak tau mengaji... macam mana nak sembahyang? macam mana nak ajar anak2 sendiri kenal alif ba ta?

Mengaji dgn Tok Andak

Darjah 1, ayah hantar mengaji dengan Tok Andak di hilir kampung. Jauh suraunya dari rumah mama. Mama dah boleh ngaji lancar, Seterusnya mama naik baca  Quran dan  diberi kepercayaan untuk ajar adik2 dan kawan2 yang masih merangkak. Kami sanggup aje sebab nak cepat habis dan pergi tumpang tengok tv kat rumah tok ngah Gayah sebelah surau. masa tu siapa datang awal, dapat no satu, ngaji dulu, habis dulu.. Hooray boleh tengok tv (cerita man from atlantis, incredible hulk.. antara yg famous zaman itu)

Kami jalan jauh utk pergi mengaji. nak kira berapa batu mama tak pandai pulak...tapi jauh la... masa datang ke surau, ikut jalan dalam kebun2.. tak panas. Jalannya lorong kecil  utk 1 manusia  je... tepinya semak samun memang tak leh jalan saing2, kena berbaris. Jalan ni lalu kawasan tak jauh dari kubur...He he he. jadi, kami tak suka balik ikut jalan ni.  Kdg2 babi melintas la.. Terkejut badak kami semua..

Jadi kalau ramai yg datang malam tu dari kawasan kami, hujung sebelah sini kampung, kami berani balik jalan yang sama. kalau tak, kami pakat2 balik ikut jalan satu lagi, susur tepi jalan raya.. Tapi zaman dulu, mana ada kenderaan malam2...

Banyak pengalamannya... Hujan dalam perjalanan malam2... kadang hujan air batu. Sampai rumah kami basah kuyup. minum kopi panas... Jumpa ular di lenyek kereta,  yang hidup menjalar lintas jalan pun kami dah biasa... Berbekalkan torch light, kami jalan balik kdg2 10 org... berani!!! Zaman dulu kami takut hantu!!!, tak bimbangkan org jahat.


Tapi yang tak bestnya ada hari yg kdg2 ramai kawan tak datang mengaji. Bila nak balik, seram la sikit...

Pengalaman misteri kereta biru..
Malam tu mmg ramai kawan  tak datang mengaji. Cuma mama, Angah (adik perempuan mama) dan Mat Jamlus (skrg kami panggil Pak Mat jamlus) Dari surau, tgk tv rumah tok ngah... tamat cerita, kami bertiga pun keluar untuk berjalan pulang. Pot pet pot pet berbual, kami sampai di kawasan batas paya utk naik bukit menuju jalan raya. Mama bawa lampu suluh...

Tiba2! kami nampak di jalan raya sana, sebuah kereta biru berhenti. kami masih jauh utk tiba ke jalan raya tersebut. Pak Mat suluh ke arah jalan betul2 ke arah kereta tu. Pintunya dibuka dan kemudian ditutup. Kami terhenti!! Eh eh, takde orang.. 

Apa lagi... kami buka langkah seribu patah balik ke rumah Tok Ngah Gayah. Pucat lesi ketakutan. Malam tu kami nekad takkan balik selagi takde orang ambik. Akhirnya ayah datang dengan motor dan follow kami yg berjalan kaki bertiga.. Nak naik tak muat moto...

Ha ha ha... lucu bila fikirkan kembali...

Susah payah cari ilmu dulu2. 

Nota : Rakan2 mengaji yg teringat dan dapat di catat Mak Busu, pak tam, mat jamlus, ayu, intan, baha, zana kak semik, burhan, denan... dan lain2 yang mungkin tak tercoret di sini..

Dicoret di Rumahku Syurgaku.