Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday 18 April 2013

sudahkan kita pantau anak kita?



"Dah kenyang?"
Soalan mama bila kakak buat adik menangis.

"Banyak dapat duit ke? Beri la pada mak sikit..."
Soalan mama bila anak2 bergaduh.

"Tegur adik dengan kasih sayang"
Pesan bila nak tinggalkan kakak2 jaga adik.

"Puji dia banyak sikit"
Pesan mama bila minta kakak2 uruskan adik.

"Ada apa? Nak masuk perut mak semula ke"
Bila ada yang merengek2 hingga mama hilang sabar.

Kadang2... bukan salah mereka... mama yang selalu sibuk dan bawa balik kerja ke rumah.



Teringat dosa2 pada anak2.

Kadang2 tak dengar sungguh2 cerita lily di sekolah...Lily cerita mama iyakan semuanya. Satu hari lily ceritakan tentang buku yang dijual di sekolah. Dia bercadang nak beli. Bla bla bla... Lily terus bercerita. "Boleh mama?" tanya Lily.. Mama selamba jawab "Ya" Tiba2 Dayana bersuara, "mama ni senang je jawab ya... Lily tanya pasal duit tu ma..." "Haa? ye ke?" mama terkejut. Aduhai kenapa la aku ni... otak ke mana. anak ke mana..

Dayana tanya macam mana nak buat kesimpulan kerja sekolah, mama kata" kejap lagi mama tolong" Dayana masuk dan merajuk, mama kejutkan dia selepas tidurkan Adam...Dia dah tak mau bangun siapkan kerjanya. Esok paginya Dayana mogok kerja sekolah tak siap. Mama nak tolong pun dia dah tak berapa nak tunjuk happy.

Adam pula, bila sampai masanya....ajak mama masuk tidur... dan air mata mama menitis bila adam pejamkan  matanya  sambil usap rambut dan kepala mama.. Bukankah sepatutnya mama yang usap kepala Adam?

Mia pandai...bila mengantuk dia akan tanya.." mama, dah siap ke? Mia nak tidur jom kita baca ABC" Allahuakbar... terkedu mama.  Terus tinggalkan komputer dan pasang CD sebut sama2 hingga dia terlelap. Mama perlu lakukan... tinggalkan kerja, anak dulukan.

Dini? Dia dah semakin matang, makan supplement supaya badannya bertenaga dan otaknya fokus. Dia dan Dayana akan bantu mama setiap hari. Dia tahu bertindak sendiri. Mama rasa bersalah... adakah mama dah ambil kesempatan atas bantuan anak2. Anak orang lain kuajar baik2 di sekolah. Anak sendiri?

Kadang2 hati meronta nak berhenti kerja. Kadang2 rasa nak gajikan pembantu rumah semula... Semuanya berlegar2 dalam fikiran.

Pesan mama pada diri sendiri... kalau nak jaga kerjaya pun, jaga dulu keluarga...

mama akan usahakan.

Ambil iktibar ibu2 semua. Anak2 akan membesar dan satu hari nanti mereka bukan lagi anak2 kecil utk kita belai2 seperti sekarang. Satu hari nanti mereka akan jadi ibu dan mereka akan amalkan cara yang salah jika kita tunjukkan cara yang salah... Perbetulkan langkah dan perjalanan kita.




Cepat Sihat: asthma : pengalamanku

Cepat Sihat: asthma : pengalamanku: Asma adalah penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan yang membawa udara dari dan ke paru-paru anda. Orang yang mengalami keadaan ini kr...

Thursday 11 April 2013

asthma : pengalamanku


Asma adalah penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan yang membawa udara dari dan ke paru-paru anda. Orang yang mengalami keadaan ini kronik (berpanjangan atau berulang-ulang) dikatakan asma.

Dinding dalam saluran pernafasan asma membengkak atau radang. Pembengkakan  atau keradangan membuat saluran udara sangat sensitif terhadap gangguan dan meningkatkan kecenderungan untuk tindak balas alahan.

Keradangan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit, udara kurang boleh melaluinya ke paru-paru(Penyempitan menyebabkan bunyi desiran apabila bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Pesakit asma biasanya mengalami gejala-gejala yang paling kerap pada waktu malam dan awal pagi.




Bercerita tentang asthma...saya ada pengalaman tersendiri.
Semasa kecil, saya selalu diserang asma. Jadi, baju sejuk benang kait warna merah adalah teman karib saya. mungkin saya tak tahan sejuk.

Seingat saya macam2 ubat yang saya makan... ayah dan ma ikhtiarkan. Antara yang saya ingat ialah hati pari helang yang dikeringkan. Kami asahkan hati pari itu dgn air di atas pasu dan air patinya itu saya kena minum. Yerkkk.... memang tak sedap. Cuba korang asah ikan masin dan minum airnya.. sodap tak?

Ubat lain pulak, ubat singseh... BOBOTAN namanya. Dalam sachet warna putih berbentuk serbuk. Ma atau ayah akan bancuh dengan air susu pekat... Heee kononnya nak kurangkan rasa kelat... Adoiii.... Rasanya?? Kelat . rasa macam teh susu yang teramat2 pekat yang kita tak mampu telan... Saya terpaksa minum... pastu... Oppppsss muntahhhhh!!!!!

Ntah la mana satu yang berkhasiat.. Ntah2 bila muntah tu kahak dan lendir keluar sama dan melegakan.

Satu yang saya sangat ingat juga... bila diserang asthma (lelah kata orang kampung)... Bila kita bernafas bunyi sesak itu sangat kuat "Wheezing". Kalau mak di bawah menyiram pokok2nya dia tahu saya ni bernafas lagi sebab bunyi signalnya kuat...

Bila dah sekolah, saya kena mandi air suam setiap pagi. Bila diserang asthma teruk di sekolah... tukang kebun sekolah akan tolong hantar saya balik ke rumah dgn basikalnya... Terima kasih Pak ngah Wahab... (Kebetulan pulak dia adalah mertua kpd mak andak saya).

Sukan? Bila lari dapat la nombor 3.. Haa.... bagus???? Apa taknya... memang yang lari tu 3 orang je... dapat la nombor 3. (No terakhir... ha ha)

Entah la... saya tak tahu macam mana asthma tu hilang. Cuma zaman di sekolah menengah... mengah dan semput selepas lari tu masih ada. Berkat latihan dan kedegilan saya... saya berjaya juga jadi athlit jarak jauh sekolah... Kuasa Allah swt... siapa mampu melawan takdir. Alhamdulillah.. saya sihat sekarang. Cuma anak2 berisiko terutama semasa mereka kecil.

Jadi, saya tahu apa yang anda semua lalui sebagai pengidap asthma... Saya pernah laluinya.... Berusaha dan berdoa selalu... bagi saya mungkin doa ibu dan bapa saya yang dimakbulkan Allah ketika itu.

Jangan berhenti berusaha.

berusaha utk sihat kerana orang yang sihat itu kelihatan cantik.

Monday 8 April 2013

Cepat Sihat: kelahiran anak secara 'induction'

Cepat Sihat: kelahiran anak secara 'induction': sejurus kelahiran anak sulung. yang no 2 ni memang kepoh sampai sekarang... assalamualaikum. terima berita di utara saud...

kelahiran anak secara 'induction'

Sejurus kelahiran anak sulung.

Yang no 2 ni memang mulut riuh dan kepoh sampai sekarang...


Assalamualaikum.

Hari ini nak kongsi pengalaman melahirkan cahaya mata kami yang berlima. 

5 kali pengalaman bersalin, 5 kali juga mama jalani proses 'induction of labour'.

Lucu terkenang tawaran doktor masa nak bersalin anak ke 4. "You nak tunggu seminggu lagi boleh" Mama jawab, tak perlu la doc. Dah 3 orang sebelum ni penat saya tunggu tapi kena 'induce' juga. Kita set tarikh induce aje la"

Menunggu tarikh induction anak ke 3, mama pergi berkebun secara kecil-kecilan di luar rumah. Hmm... masih tak muncul rasa sakit bersalin, esoknya ikut tempahan tarikh mama pergi hospital  serah diri utk proses 'induction' juga.


Haa... giliran anak ke lima pulak, harap-harap merasa sakit nak bersalin (gilakan? Org tak nak sakit, kita nak merasa) Ada juga 2 kali terasa 'contraction', call suami balik tapi bila dia sampai ke rumah, 'contraction' pun hilang. Kami kena acah aje rupanya...

Yang tak best tentang pengalaman ni ialah, ibu selalu risau dan tak boleh lena tidur malam kerana dah lewat dari tarikh tapi baby belum lahir juga. 

Maka tugas ibu ialah selalu semak denyutan jantung dan bilangan gerakan baby. Kalau rasa terlalu risau pergilah ke klinik dan minta doktor buat pemeriksaan. Kalau dah tak boleh tidur, bagus kita solat  dan berdoa mohon Allah permudahkan dan beri ketenangan kepada kita.

Sebelum bersalin selalunya mama kemas rumah, siap2... sebab nak berpantang nanti tak boleh nak berkemas dah. Mama tolak almari, katil, ubah perabot sana sini.. Semuanya mama buat supaya lebih mudah bersalin kononnya. 

Caranya??? Mama tolak perabot2 tinggi dengan bahagian belakang badan kerana perut dah bulat macam bola besar!!!

"Buk.... buk nggak takut kerja berat2?" soal pembantu rumah semasa menunggu kelahiran anak ke 4. Maya yang masih bujang agak hairan dengan gelagat mama? 
"Takut jugak... sebab tu, bila penat saya rehat dulu...." jawab mama pula.

Apa pun mama buat, mama tetap bersalin secara 'induction'. Jalan buka paling besar pun 2 cm, selebih dari itu, baby mungkin berusaha tetapi tak berjaya memecahkan selaput mentuban tu..

Dah serah diri di hospital, selaput mentuban akan dipecahkan oleh doktor. Ubat dimasukkan ke pangkal rahim untuk membantu rahim melembut dan membuka laluan untuk proses kelahiran. Selepas beberapa ketika, barulah rasa sakit datang. Haa... saat ni rasa macam kita senggugut teruk... yang pasti mama perlu bertahan menanggung sakit tu selagi bukaan belum cukup besar untuk proses kelahiran. Masa ni la yang dikatakan orang, 'induction' itu sakit. 

Cara nak hadapi saat2 ini yang mama dapat dari pengalaman mama, ialah

1. Baring mengiring ke kiri dan ubah ke kanan bila penat unuk bantu bukaan lebih cepat. (Ikut ajaran bidan2 yang menjaga mama semaalsa sakit)

2. Banyakkan berdoa sepanjang proses itu. Ingat pada Allah, mohon diberi kemudahan bagi diri sendiri dan bayi kita. (antaranya doa yang diajar ustaz sebagai amalan masa hamil supaya dimudahkan)
Masa sakit, lidah tak berhenti mohon Allah mudahkan untuk mama dan baby. Takde lain dlm doa dan hati.. tu je.. nk baca pjg2 tak sempat la.. tgh sakit kan...

3. Ibu jangan teran terlalu awal walaupun sakit tu datang. Dialog yang pasti mama dengar ialah suami akan kata, "Sakit? jangan teran dulu. Tunggu bukaan cukup besar"  (ni panduan dia dpt masa mama bersalin anak sulung) Bagus juga ada org pesan2. Kalau tidak, rasa nak teran je bg keluar segala sakit. (Hihi..) Sebabnya kalau mama teran terlalu awal gara2 cuba menghilangkan sakit, dinding laluan kelahiran akan bengkak dan laluan keluar bayi nanti jadi sempit.. Itu yang mama faham bila dipesan oleh doktor dan bidan2 yang menjaga mama sejak anak yang pertama.

4. Kuatkan semangat untuk bersalin secara 'normal" dan jangan mengaku kalah sehingga terpaksa ditolak ke bilik pembedahan pula. Kaedah 'induction' ada kala mengambil masa, jadi tak hairan kalau ibu jadi letih dan tak berdaya. Jadi jagalah makan minum di saat2 hampir bersalin supaya cukup tenaga. Alhamdulillah dengan saiz badan mama yang kecil ni, tenaga teran mama mampu lakukan untuk kelahiran anak-anak 3kg lebih dan Damia seberat 4.14 kg.

Kesimpulannya, kita mampu lakukan dengan baik walaupun  sakit 5-6 jam... sementara tiba masa melahirkan. 

Jangan risau, bila baby lahir, semua sakit akan hilang...senyum je yang terukir.

Berfikiran positif dalam.apa jua keadaan. Redha dan tabah dengan ujian2. Ujian tak serupa utk setiap ibu. Yg terbaik Allah beri utk kita.

Salam.
Moga dapat menjadi sedikit panduan..